SGDK4034: KAEDAH MENGAJAR MATEMATIK
MINGGU 1: PENGENALAN |
MINGGU 1: PENGENALAN
Minggu pertama untuk kelas Kaedah Mengajar Matematik merupakan sesi memperkenalkan diri dengan pensyarah, Dr. Marini. Melalui sesi ini, kami dapat mengenali pensyarah dengan lebih dekat dan mengetahui latar belakang masing-masing serta berkongsi pengalaman mengajar dengan rakan-rakan yang lain. Sesi perkenalan ini dapat memberi input yang bermakna melalui perkongsian pengalaman yang telah dihadapi oleh rakan-rakan yang pernah menjadi guru ganti dan guru tuisyen. Terdapat juga beberapa rakan yang berkongsi pengalaman yang menarik semasa menjadi guru ganti dan ini membuatkan diri saya untuk lebih bermotivasi dan berharap saya dapat mempelajari pelbagai kaedah yang sesuai untuk mengajar matematik. Sesi perkenalan ini telah dilaksanakan menggunakan aplikasi Flipgrid yang mana ianya direkod dalam bentuk video. Penggunaan aplikasi ini membolehkan saya untuk lebih berkayakinan diri. |
MINGGU 3: Pembentangan silibus Matematik Tingkatan 1-5
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/12-2_1_orig.png)
Pada minggu ini, Dr. Marini meminta kami sekelas untuk mencari dan membawa silibus Matematik Tingkatan 1-5 bagi meneliti bersama-sama dalam kelas. Saya berterima kasih kepada rakan saya yang menjelaskan secara detail berkenaan dengan silibus Matematik dari Tingkatan 1-5. Melalui perkongsian dari rakan saya ini, saya dapat mengetahui tajuk-tajuk yang dipelajari dari Tingkatan 1-5 dengan lebih terperinci dan memahami serba sedikit berkaitan silibus baru untuk Tingkatan 1-3.
Apabila meneliti Rancangan Pengajaran Tahunan ini saya dapat mengetahui standard pembelajaran yang perlu dipelajari dan diajar bagi subjek Matematik. Hal ini memberikan pendedahan baru kepada saya dalam mengetahui standard-standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh seorang guru semasa pengajaran dalam bilik darjah.
Apabila meneliti Rancangan Pengajaran Tahunan ini saya dapat mengetahui standard pembelajaran yang perlu dipelajari dan diajar bagi subjek Matematik. Hal ini memberikan pendedahan baru kepada saya dalam mengetahui standard-standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh seorang guru semasa pengajaran dalam bilik darjah.
![](http://www.weebly.com/weebly/images/file_icons/pdf.png)
dskp_matematik_tingkatan_1.pdf | |
File Size: | 1146 kb |
File Type: |
![](http://www.weebly.com/weebly/images/file_icons/pdf.png)
dskp_kssm_matematik_tingkatan_2.pdf | |
File Size: | 1613 kb |
File Type: |
![](http://www.weebly.com/weebly/images/file_icons/pdf.png)
dskp-kssm-tingkatan-3.pdf | |
File Size: | 3487 kb |
File Type: |
![](http://www.weebly.com/weebly/images/file_icons/pdf.png)
hsp-matematik_tingkatan_4.pdf | |
File Size: | 656 kb |
File Type: |
![](http://www.weebly.com/weebly/images/file_icons/pdf.png)
hsp-matematik_tingkatan_5.pdf | |
File Size: | 352 kb |
File Type: |
MINGGU 4: Pembelajaran Online Learning |
Dr. Marini menyediakan tugasan kepada kami secara 'online learning' pada minggu ini. Kami dikehendaki untuk membuat tugasan berkumpulan bagi Topik 3 Teori Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Topik tersebut mempunyai 4 subtopik iaitu:
3.1 Pembelajaran Instrumental dan Pembelajaran Relational 3.2 Pembelajaran Procedural dan Pembelajaran Conceptual 3.3 Konstruktivisma 3.4 Teori-teori pembelajaran matematik oleh Dienes, Bruner, Ausubel, Gagne, dan Piaget. Kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang ahli telah mendapat tajuk 'Teori Konstruktivisma'. Tugasan ini akan dibentangkan pada minggu yang berikutnya, iaitu minggu ke-5. |
MINGGU 5: Pembentangan Teori Pengajaran![]()
|
Minggu ke-5 merupakan minggu pembentangan toeri-teori pengajaran yang terdiri daripada 5 kumpulan. Kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang ahli kumpulan membentangkan Teori Konstruktivisma.
Kami ahli kumpulan telah membahagikan tugas dan saya ditugaskan untuk menyediakan pembentangan dan penulisan berkenaan Teori Konstruktivisma. Teori Konstruktivisme adalah bertitik tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak tahu kepada tahu. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Proses aktif yang membolehkan seseorang menguasai secara mendalam mengenai informasi yang diberikan. Teori ini juga menjadikan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah sesuatu yang diketahui oleh pelajar kepada satu corak dalam keadaan baru yang mana lebih kepada prinsip konstruktivisme. Kesimpulan keseluruhan daripada pembentangan setiap kumpulan, saya dapat mengetahui teori-teori pembelajaran Matematik dengan lebih mendalam dan memahami penggunaannya dalam pengajaran. |
Minggu 6: Nombor & Operasi
|
Nombor dan operasi melibatkan simbol matematik, unit pengukuran dan istilah yang digunakan di dalam sukatan pelajaran matematik. Kami perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada 2 atau 3 orang dan memilih mana-mana topik untuk dibentangkan. Pelajar dikehendaki menerangkan topik yang dipilih berdasarkan simbol, istilah dan unit pegukuran.
Kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang telah memilih topik Nombor Bulat. Bagi sub topik ini kumpulan saya membentangkan berkaitan dengan konsep positif dan negatif, iaitu 1- pengenalan nombor bulat 2- Garis nombor melibatkan simbol positif dan negatif menggunakan graf. 3- Nombor Pecahan Selepas pembentangan oleh semua kumpulan, Dr Marini telah memberi komen dan pandangan untuk tujuan pembaikkan iaitu 1. Cara penerangan konsep matematik haruslah lebih mendalam dan mudah. Guru perlu memberikan contoh dari mudah ke sukar dan mengikut tahap kognitif pelajar. Dr juga memberikan contoh berdasarkan link berikut berkaitan dengan penerangan konsep dan simbol postif dan negatif, http://gdaymath.com/lessons/powerarea/1-5-why-is-negative-times-negative-positive/ 2. Guru hendaklah cuba kaitkan keadaan sekeliling dengan topik yang dibincangkan bagi memudahkan pelajar mudah faham. 3. Posisi badan guru juga memainkan peranan penting ketika mengajar iaitu guru hendaklah sentiasa mengadap pelajar dan 'eye contact' guru juga penting bagi memastikan pelajar fokus dengan topik yang dibincangkan. 4. Lontaran suara guru perlu jelas dan kuat bagi membolehkan semua pelajar dapat mendengar. |
Minggu 7: Pembentangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) |
Topik pada hari ini ialah Bentuk dan Ruang. Seperti biasa, kami perlu membuat pembentangan di hadapan kelas. Modul pada hari ini ialah kami setiap kumpulan perlu memilih satu topik berkaitan dengan bentuk dan ruang kemudian buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tajuk tersebut.Kami bukan membentangkan tajuk tersebut, tetapi membentangkan RPH tersebut dan menceritakan dari awal langkah-langkah yang kami masukkan ke dalam RPH itu.
Ini merupakan satu pendedahan yang sangat baik buat kami kerana kebanyakan dari kami tidak ada pengalaman yang luas dalam menyediakan RPH. Jadi kami dapat belajar mengenai apa yang perlu ada dalam RPH tersebut dan bagaimana hendak memastikan apa yang kami tulis dalam RPH dapat kami realisasikan dalam proses pengajaran kami. Seperti biasa kumpulan saya ialah Adnin dan Anas. Kami memilih tajuk Perimeter bagi Tingkatan 1. Salah satu aktiviti yang kami tulis dalam RPH ialah aktiviti berkumpulan dan menjawab soalan yang diberi dalam kumpulan. Jadi kami apabila mengajar nanti perlu bahagi betul-betul kumpulan. Bukan hanya sekadar dalam RPH sahaja. Kesimpulannya, kami perlu menguasai dengan baik teknik penulisan RPH. Apabila menulis RPH, guru akan nampak apa yang akan diajar dan apa yang perlu dibuat dalam proses pengajaran bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Di bawah saya ada sertakan RPH yang kami bentangkan dalam kelas hari ini. Nampak sangat kami tak pandai nak buat RPH. |
Minggu 8: Pembentangan Istilah & Simbol |
Dr Marini selalu mengingatkan kami supaya menitikberatkan istilah dan simbol asas dalam matematik kerana ia merupakan sesuatu yang perlu dikuasai oleh seorang matematik. Kami bahagikan kepada 5 kumpulan dan satu kumpulan perlu buat persediaan dalam tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5. Kumpulan saya memilih tingkatan 1 dan bentangkan istilah-istilah dan simbol yang ada di dalam topik-topik tingkatan 1.
Saya telah pelajari tentang simbol dan istilah yang ada dalam matematik pada hari ini, mengingat semula istilah dan simbol yang digunakan dalam matematik yang oleh kawan-kawan sekelas dalam setiap topik-topik telah memberikan pendedahan kepada saya. Ini mudahkan saya dan rakan-rakan lain untuk membuat ulangkaji dan menggunakan istilah yang betul untuk diaplikasikan dalam pengajaran. |
Minggu 9: Tugasan 1, 2 dan 3 |
Dr. Marini telah memberikan kami tugasan 1, 2 dan 3 untuk dibuat. Setiap tugasan boleh membuat perbincangan. Ketiga-tiga tugasan tersebut berkaitan langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengajar mengikut soalan-soalan yang diberikan. Daripad penggunaan contoh seperti objek maujud untuk terangkan konsep kepada pelajar sebelum memberi penerangan proses yang seterusnya seperti dari mana datangnya rumus-rumus dan sesi pengajaran.
Berdasarkan tugasan ini, saya dapat pelajari bagaimana seorang guru perlu menerangkan sesuatu topik yang nak diajar kepada pelajar. Guru perlu membuat persediaan terlebih dahulu seperti langkah-langkah cara penerangan yang ingin dilakukan di dalam kelas supaya guru lebih bersedia dan mencari jalan yang menarik untuk membuat pelajar faham tentang topik yang akan dipelajari. |
Minggu 10: Macroteaching
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-18-at-7-18-54-pm-2_orig.jpeg)
Giliran No.1: Azreen Nadiah
Tajuk: Set
Komen Pensyarah:
- Sesi macroteaching Azreen adalah sebagai 'Benchmark' kepada semua pelajar yang lain untuk membuat pengajaran makro.
- Penggunaan set induksi yang menarik.
Tajuk: Set
Komen Pensyarah:
- Sesi macroteaching Azreen adalah sebagai 'Benchmark' kepada semua pelajar yang lain untuk membuat pengajaran makro.
- Penggunaan set induksi yang menarik.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/published/whatsapp-image-2019-03-18-at-2-57-20-pm.jpeg?1555597132)
Giliran No. 2: Farah Najihah
Tajuk Matriks:
Komen Pensyarah:
- Penggunaan bahan bantu mengajar untuk set induksi perlu lebih jelas.
Tajuk Matriks:
Komen Pensyarah:
- Penggunaan bahan bantu mengajar untuk set induksi perlu lebih jelas.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/img20190318110713_orig.jpg)
Giliran No.3: Balqis
Tajuk: Poligon
- Bahan bantu mengajar yang menarik dan keseluruhannya baik.
Tajuk: Poligon
- Bahan bantu mengajar yang menarik dan keseluruhannya baik.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-18-at-6-57-51-pm_orig.jpeg)
Giliran N0.4: Aminah Najihah
Tajuk: Sudut Dongakkan dan Sudut Tunduk
Komen Pensyarah:
- Lontaran suara perlu jelas dan kuat.
- Susunan perkembangan pelajaran perlu mengikut 'taxonomy bloom'. Tahap peringkat penyelesaian soalan perlu mengikut dari satu peringkat ke satu peringkat yang seterusnya
Tajuk: Sudut Dongakkan dan Sudut Tunduk
Komen Pensyarah:
- Lontaran suara perlu jelas dan kuat.
- Susunan perkembangan pelajaran perlu mengikut 'taxonomy bloom'. Tahap peringkat penyelesaian soalan perlu mengikut dari satu peringkat ke satu peringkat yang seterusnya
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/img20190318123040_orig.jpg)
Giliran No.5: Khadijah Aisyah
Tajuk: Putaran
Komen Pensyarah:
- Penggunaan intonansi suara yang jelas.
- Perlu semak kefahaman pelajar bagi setiap kumpulan.
Tajuk: Putaran
Komen Pensyarah:
- Penggunaan intonansi suara yang jelas.
- Perlu semak kefahaman pelajar bagi setiap kumpulan.
Minggu 11: Macroteaching
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-18-at-7-18-52-pm_orig.jpeg)
Giliran No. 6: Izzana
Tajuk: Ungkapan Algebra
Komen Pensyarah:
- Suara yang jelas dan secara keseluruhannya baik.
Tajuk: Ungkapan Algebra
Komen Pensyarah:
- Suara yang jelas dan secara keseluruhannya baik.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-18-at-7-18-53-pm_orig.jpeg)
Giliran No. 7: Anas Syafiq
Tajuk: Persamaan Linear
Komen Pensyarah:
- Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik.
- Secara keseluruhannya baik.
Tajuk: Persamaan Linear
Komen Pensyarah:
- Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik.
- Secara keseluruhannya baik.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/untitled-3-orig-orig_orig.jpg)
Giliran No. 8: Putri Amirah
Tajuk: Garis dan Sudut
Komen Pensyarah:
- Perlu kurangkan kandungan objektif dan selalu semak kefahaman pelajar bagi setiap kumpulan.
- Pastikan semua pelajar ikut serta dengan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
Tajuk: Garis dan Sudut
Komen Pensyarah:
- Perlu kurangkan kandungan objektif dan selalu semak kefahaman pelajar bagi setiap kumpulan.
- Pastikan semua pelajar ikut serta dengan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-05-at-7-00-47-am_orig.jpeg)
Giliran No. 9: Yap Siew Gean
Tajuk: Nisbah, Kadar dan Kadaran
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
Tajuk: Nisbah, Kadar dan Kadaran
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-18-at-7-18-52-pm_1_orig.jpeg)
Giliran No. 10: Mohd Farhan (SAYA)
Tajuk: Pemfaktoran dalam Ungkapan Algebra
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
Tajuk: Pemfaktoran dalam Ungkapan Algebra
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
![](http://www.weebly.com/weebly/images/file_icons/rtf.png)
rph_microteachng.docx | |
File Size: | 32 kb |
File Type: | docx |
Minggu 12: Macroteaching
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/published/whatsapp-image-2019-04-18-at-6-42-27-pm-orig_1.jpeg?1555598051)
Giliran No. 11: Norida
Tajuk: Bentuk Geometri 3 Dimensi
Komen Pensyarah:
- Penggunaan benda maujud seperti bongkah objek perlu diedarkan kepada semua pelajar supaya pelajar dapat kenal lebih dekat.
Tajuk: Bentuk Geometri 3 Dimensi
Komen Pensyarah:
- Penggunaan benda maujud seperti bongkah objek perlu diedarkan kepada semua pelajar supaya pelajar dapat kenal lebih dekat.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-05-at-6-59-15-am-1-1_orig.jpeg)
Giliran No. 12: Nor Irdayu
Tajuk: Pantulan
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik
Tajuk: Pantulan
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-05-at-7-58-34-am-1_orig.jpeg)
Giliran No. 13: Nadiah
Tajuk: Perimeter dan Luas
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
Tajuk: Perimeter dan Luas
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-18-at-6-41-27-pm-1_1_orig.jpeg)
Giliran No. 14: Shilawati
Tajuk: Gari Lurus
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
Tajuk: Gari Lurus
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-18-at-6-52-47-pm-1_orig.jpeg)
Giliran No. 15: Bazliah
Tajuk: Pelan dan Dongakan
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
Tajuk: Pelan dan Dongakan
Komen Pensyarah:
- Secara keseluruhannya baik.
Minggu 13: Macroteaching
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-08-at-1-11-49-pm-orig_orig.jpeg)
Giliran No. 16: Haziqah
Tajuk: Asas Poligon
Komen Pensyarah:
- Bahan bantu mengajar yang 'up-to-date' mengikut kesukaan pelajar.
Tajuk: Asas Poligon
Komen Pensyarah:
- Bahan bantu mengajar yang 'up-to-date' mengikut kesukaan pelajar.
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2019-04-18-at-7-18-49-pm_orig.jpeg)
Giliran No. 17: Adnin
Tajuk: Koordinat
Komen Pensyarah:
- Suara perlu lebih kuat dan jelas.
Tajuk: Koordinat
Komen Pensyarah:
- Suara perlu lebih kuat dan jelas.