SGDE4013: ASSESSMENT IN LEARNING
![]()
|
![]()
![]()
|
SGDT4013 : TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT atas izin dan belas kasihan-Nya, saya dan rakan-rakan dapat menghabiskan tempoh pembelajaran bagi semester 1 sesi 2018/2019 dengan baik. Semua ini tidak akan berlaku tanpa galakan dan dorongan daripada pensyarah dan keluarga dalam menyelesaikan tugasan-tugasan yang diamanahkan. Tidak dilupakan juga ahli kumpulan dan rakan sekelas yang sanggup berkongsi dan bertukar maklumat sepanjang kursus.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Siti Nazuar dan Dr Farah kerana mengajar saya untuk subjek ini. Untuk pengetahuan saya kurang berilmu dalam bidang teknologi. Tambahan pula, teknologi yang terkini dan canggih. Jadi, melalui kelas ini saya didedahkan dengan teknologi yang bermanfaat kepada saya pada masa hadapan untuk menjadi seorang pendidik di abad ke-21. Semasa sesi pembelajaran kelas ini, persoalan pertama yang masuk ke dalam fikiran saya adalah bagaimana ahli kumpulan dan saya dapat menyelesaikan tugasan-tugasan dalam kursus ini kerana pada masa yang sama terdapat tugas lain yang perlu diselesaikan. Keadaan ini memberi saya tekanan dan menguji ketabahan saya untuk menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah berputus asa dan cuba untuk melakukannya sebaik mungkin. Sesungguhnya, tugasan-tugasan yang diberikan pasti mempunyai kesan yang mendalam terhadap individu yang terlibat, termasuk saya sendiri. Berdasarkan semua input yang dipelajari semasa tempoh pembelajaran, setiap input dan pengetahuan yang diperolehi sangat berguna untuk masa kini dan masa depan. Saya telah belajar banyak pengetahuan mengenai aplikasi-aplikasi pembelajaran yang menarik dan kreatif seperti kahoot!, Quizizz, Quizlet dan Canva. Saya berasa seronok menggunakan aplikasi seperti ini kerana sebelum ini saya tidak pernah didedahkan dengan aplikai tersebut. Penggunaan Canva banyak membantu saya dan ahli kumpulan menyiapkan poster dan broucher untuk tugasan projek dan inovasi. Aplikasi ini sangat mudah dan menarik untuk dipelajari. Kesimpulannya, pembelajaran dalam kursus ini sangat menarik dan menyeronokkan serta pelbagai ilmu pengetahuan dapat saya pelajari dan berguna untuk bakal guru seperti saya. Kursus ini mendedahkan kepada saya tentang penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan yang mana boleh membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. |
PROJEK INOVASI BERKUMPULAN : ZAPPY MATH
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/published/whatsapp-image-2018-10-31-at-4-21-42-pm.jpeg?1546068730)
Alhamdulillah, saya dan ahli kumpulan berasa gembira dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menyelesaikan projek inovasi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semua ini tidak akan berlaku tanpa galakan dan dorongan daripada pensyarah dan keluarga dalam menyelesaikan tugasan-tugasan yang diamanahkan. Tidak dilupakan juga ahli kumpulan yang banyak memberi pendapat dan bertukar idea dan cadangan dalam memastikan projek ini berjalan dengan baik.
Kumpulan kami membahagikan tugas masing-masing dalam memudahkan kerja-kerja menghasilkan produk inovasi. Saya ditugaskan untuk membuat dam ular dan dadu. Pada mulanya, tugas ini agak mudah kerana hanya perlu mencipta dam. Tetapi, apabila ingin membuat dan mencipta dam, perlu memikirkan berapa kotak yang perlu? penggunaan AR Code dan QR Code perlu diletakkan di mana? bermacam persoalan timbul dan syukur satu per satu dapat diselesaikan. Hasil daripada bantuan rakan sekumpulan yang memberikan pendapat dan bertukar idea antara satu sama lain membolehkan saya berjaya menghasilkan dam ular yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.
Melalui projek ini, saya dapat memperbaiki tahap keyakinan diri dalam memberi pendapat dan idea dalam kumpulan. Kami sekumpulan juga saling berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan setiap ahli kumpulan tidak terlepas maklumat mengenai produk yang dihasilkan. Saya juga dapat mempertingkatkan komunikasi antara ahli kumpulan dalam memberi dan bertukar maklumat mengenai projek inovasi ini.
Selain itu, penghasilan projek inovasi ini memberikan saya pengalaman baru dan kenangan yang sangat berharga kerana penglibatan dalam aktiviti seperti ini sangat jarang diperolehi tanpa bantuan dan galakkan daripada Dr Siti Nazuar dan Dr, Farah Mohd Zain dalam menyertai program seperti ini. Pengalaman ini tidak dapat saya lupakan dan saya amat berterima kasih kepada pensyarah dan ahli kumpulan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam memastikan projek ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.