PROGRAM REMAJA BESTARI, MEMBENTUK JATI DIRI ANAK YANG SOLEH
![Picture](/uploads/1/2/2/5/122511793/whatsapp-image-2018-12-29-at-3-55-11-pm-10_orig.jpeg)
Program ini adalah untuk membentuk jati diri remaja. Kumpulan Ko-K saya dari UUM telah merencana program ini untuk para belia di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Saya telah dilantik sebagai AJK Keselamatan untuk program ini. Seramai 100 orang remaja telah menyertai program ini. Diakhir program ini, para ibubapa remaja dijemput untuk mendengar ceramah berkenaan masalah remaja dan ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan dan pegawai polis.
PROJEK INOVASI ZAPPY MATH
Projek inovasi ini dijalankan pada 28-29 November 2018 di Universiti Utara Malaysia sempena International Conference and Innovation Exhibition on Global Education 2018. Kumpulan kami, iaitu Zappy Math terdiri daripada enam orang ahli telah berjaya menghasilkan satu permainan dam ular dan tangga yang telah diinovasikan menjadi satu permainan menarik. Ianya bertujuan untuk memantapkan pemahaman dalam subjek matematik bagi pelajar tahap satu. Permainan ini dimainkan menggunakan imbasan BARCODE yang terdapat pada setiap petak untuk mengetahui soalan yang bakal dijawab.
Kumpulan kami telah mendapat tempat kedua. |